Ahmad Razif Reda, Pasrah Dengan Keputusan Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman reda dengan keputusan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin yang melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepadanya.

 

Katanya sebagai rakyat dan pemimpin, beliau akan tetap membuktikan taat setia kepada Sultan Mizan.

 

“Saya akan terus taat setia dan kepentingan rakyat Terengganu akan terus menjadi keutamaan selagi saya masih memegang jawatan.

 

“Saya reda dan pasrah dengan apa yang berlaku dan amat memahami bahawa ini adalah hak mutlak Tuanku dalam mengurniakan anugerah atau penarikan balik anugerah-anugerah tersebut.

 

“Yang penting, kita mesti mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebagai rakyat, pemimpin yang taat dan setia kepada raja dan negara,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, malam tadi.

 

Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Ahmad Razif berkuat kuasa Jumaat, 22 April.

 

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu kepada Bernama semalam. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.