PRK Rompin: Projek Ternakan Ikan Sturgeon Jadi Mangsa Fitnah PAS

ROMPIN – Mungkin terdesak untuk meraih undi dalam PRK Parlimen Rompin, tanpa disedari pemimpin PAS telah melakukan fitnah apabila mendakwa projek ternakan ikan Sturgeon telah dibatalkan.

 

Menurut penceramah PAS, projek ternakan ikan itu telah dihentikan kerana bencana banjir menyebabkan FELDA mengalami kerugian besar mencecah RM139 juta.

 

Kenyataan berbaur fitnah itu disebut dalam ceramah Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 anjuran PAS di FELDA Keratong 4, Rompin malam semalam.

 

Fakta mengenai ternakan ikan Sturgeon yang disebut dalam ceramah tersebut nyata bercanggah dengan penerangan yang dibuat oleh FELDA dan Kerajaan Pahang.

 

Sebelum ini Kerajaan Negeri telah mengumumkan untuk memindahkan projek ternakan ikan Sturgeon di Sungai Tabung, berhampiran Taman Negara itu ke tempat lain di daerah ini pada Mac lalu.

 

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri setelah mengambil kira laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang tidak meluluskan tapak asal untuk projek tersebut.

 

“Semuanya kerana laporan EIA yang mendapati projek ini tidak sesuai diteruskan di situ, jadi kita akur dan akan mencari kawasan baru yang sesuai,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Datuk Abu Bakar Harun baru-baru ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.