Lim Guan Eng Nafi Khabar Angin Wang Kertas Kenangan RM60 Ganti RM50

KUALA LUMPUR – Khabar angin yang mendakwa wang kertas RM60 akan dikeluarkan olehi Bank Negara Malaysia bagi menggantikan RM50 adalah tidak benar.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, khabar angin itu sekadar kekeliruan yang timbul mengenai wang kertas RM60 yang pernah dikeluarkan oleh Bank Pusat pada tahun 2017.

“Walaupun wang kertas RM60 ini boleh digunakan, saya nasihatkan anda menyimpannya untuk kenangan.

“Hanya 60,000 helai wang kertas RM60 sahaja telah dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia,” katanya selepas melancarkan WeChat Pay di sini hari ini.

Tambahnya, lebih daripada 900 juta helai wang kertas RM50 pada tahun lepas.

Dalam ucapannya, Guan Eng berkata, penggunaan tunai di Malaysia secara relatifnya adalah tinggi dengan RM106 bilion tunai dalam ekonomi Malaysia pada tahun lepas dan ini bersamaan dengan 7.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KNDK) negara.

Ini merupakan penurunan daripada 7.7 peratus dan 7.9 perats, masing-masing pada tahun 2017 dan 2016.

Penurunan ini berlaku semasa Malaysia mula menggunakan pembayaran tanpa tunai secara lebih meluas.

Sebagai perbandingan, sebuah ekonom tanpa tunai mempunyai kira-kira 2 peratus ke bawah wang tunai beredar di dalam ekonomi.

Guan Eng berkata, e-wallet sebagai pembayaran tanpa tunai masih lagi di peringkat permulaan di negara ini.

Menurut Nielsen, hanya 10 peratus daripada responden kaji selidiknya menggunakan teknologi tersebut walaupun 88 peratus tahu tentang kewujudan e-wallet. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.