Azmin Kena ‘Cool’kan Diri Dia Sedikit – Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kenyataan terbuka Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengenai prestasi semasa Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah ditujukan semata-mata kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, walaupun Pakatan Harapan mengambil pendirian memberikan sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, tetapi itu tidak bermakna tidak boleh wujud perbezaan pendapat.

“Ada setengah orang fikir ini macam kerajaan UMNO dulu, tidak, kita beri ruang, tapi pendirian kita termasuk saya dan keluarga untuk beri ruang dan peluang kepada Dr Mahathir sebagai pemimpin dan Perdana Menteri.

“Tak apa lah, itu pandangan dia (Nurul Izzah), tetapi saya nak jelaskan, dan beri peringatan supaya semua pihak faham dan setuju dan patuh kepada perjanjian dan persefahaman antara kita, iaitu tumpu kepada pembangunan ekonomi membela rakyat,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.

Dalam wawancaranya bersama akhbar Singapura, The Straits Times baru-baru ini, Nurul Izzah meluahkan rasa kecewanya dengan kerajaan Pakatan Harapan yang gagal menunaikan janji dan gagal menggerakkan agenda reformasi sepertimana sepatutnya.

Dalam kenyataan itu, Nurul Izzah meluahkan isi hati beliau yang sukar bekerja dengan bekas diktator yang dakwanya telah menyebabkan pelbagai kerosakan, bukan sahaja dalam kehidupan keluarganya, malah pemerintahan negara.

Ditanya mengenai kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali yang seolah-olah tidak bersetuju dengan tindakan Nurul Izzah, Anwar berkata, apa yang penting ialah semua pihak perlu berkerja sama dalam membangunkan ekonomi negara.

“Saya harap dengan penjelasan ini redalah (pertelingkahan ini). Kerja masing-masing ada.. tugas besar bangunkan ekonomi rakyat, sibuk hal ini buat apa?

“Dia (Azmin) kena cool diri dia sedikit dan terus fokus kepada isu pusat,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi. – Awani

Lain-Lain Berita Menarik;-

Setiausaha Politik Dr Mahathir Anggap Nurul Izzah Tidak Matang

Pemimpin PKR Pertikai Nurul Izzah Kecam Dr Mahathir

Ini Gerakan Terancang Untuk Gulingkan Dr Mahathir, Kata Khairuddin

WHICH CRY-BABY, AZMIN ,WOULD DARE CALL THE PM A FORMER DICTATOR?

Zaman Najib Aset Khazanah Melonjak, Zaman PH Susut RM25 Bilion, Apa Sudah Jadi?

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.