Saksi Lapor SPRM Selepas Tonton Pendebatan Di Parlimen Isu Banglo Lim Guan Eng

PULAU PINANG – Seorang pengendali laman sosial Facebook Marketing, Mohsin Abdul Latif memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, dia terpanggil untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah  Malaysia (SPRM) pada18 Mac 2016 setelah menonton perdebatan di Parlimen berkenaan pembelian rumah banglo oleh Lim Guan Eng.

Menurutnya, pembelian rumah Ketua Menteri Pulau Pinang itu dibuat di bawah nilai pasaran.

Mohsin berkata, dia membuat laporan itu kerana menghormati Ketua Menterinya dan sebagai rakyat untuk membersihkan nama Guan Eng.

Pada tahap ini, mahkamah sedang mendengar rakaman perdebatan Parlimen yang disiarkan oleh TV3.

Saksi pertama itu memberikan keterangan selepas pihak pendakwaan membacakan ucapan pembukaan perbicaraan kes  rasuah Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon. – UTUSAN 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.