10 Dosa Pemimpin Pakatan Harapan

1. KLEPTOKRASI.

Perkataan ini yang bermaksud seorang pemerintah yang mencuri dari rakyatnya telah digunakan pada Najib dan BN sebagai sebahagian daripada politik beracun mereka untuk mempengaruhi rakyat untuk membenci Kerajaan.

Sebenarnya, ia sebenarnya terpakai kepada PH kerana sebagai “pemerintah” negeri mereka sendiri iaitu Selangor dan Pulau Pinang, rasuah di sana kelihatan semakin meningkat dan malah ketu amenterinya juga, LGE menghadapi tuduhan rasuah.

Sebaliknya, tidak ada yang mengaitkan Najib dengan 1MDB!

2. TIADA INTEGRITI.

Pemimpin PH tidak mempunyai integriti seperti yang ditunjukkan oleh banyak pusingan U yang dilakukan mereka – contohnya, PKR dibentuk untuk “memperbaharui” dakwaan salah urus negara Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah. Gerakan Reformasi Anwar menarik perhatian apabila PKR, DAP, PAS dan lain-lain mengecam Mahathir tetapi hari ini dengan perubahan yang dramatik mereka memuji beliau, memaafkannya dan bahkan mereka berani untuk mengatakan bahawa semuanya OK. Dalam masa beberapa minggu dan bulan sahaja, mereka telah melupakan semuanya seolah-olah tiada apa yang berlaku pada masa lalu.

Bagaimana untuk mempercayai orang-orang seperti ini untuk memerintah negara ini? Mereka boleh menjual jiwa mereka, prinsip politik mereka dan anda masih menyokong mereka?

3. KEDIKTATORAN.

Ini terbukti dengan cara pemimpin PH menguruskan parti komponen mereka sendiri. Contohnya adalah DAP di mana Lim Kit Siang terus “memerintah” DAP selama beberapa dekad dan memecat dan mengetepikan orang-orang yang bertentangan fahaman. Malah AGMnya diadakan secara tidak demokrasi.

4. KRONISME.

Pemimpin PH mementingkan kronisme dan nepotisme. Mengetuai ini sudah tentu adalah Mahathir yang terkenal dengan memperkayakan kroninya dan mencuri kekayaan negara untuk kroninya dan keluarganya sendiri. Sebenarnya, pemimpin DAP, PKR dan PAS sebelum ini juga telah menuduh Mahathir mementingkan kronisme.

Anwar, isterinya dan anak perempuannya, Lim Kit Siang, dan anak lelakinya dan Mahathir serta anak lelakinya terus membantu “dinasti” mereka sendiri. Sebelum ini, isteri LGE juga merupakan orang kuat dalam DAP.

Terdapat juga bukti yang semakin meningkat bahawa tindakan LGE telah memberi manfaat kepada kroninya terutama dalam pembangunan hartanah yang telah menimbulkan kekacauan di persekitaran Pulau Pinang.

5. BERSIFAT PERKAUMAN.

PH sering menuduh BN terutamanya UMNO memainkan politik perkauman. DAP, parti yang pura-pura berbilang kaum sering menyentuh sentimen perkauman dalam kalangan orang Cina untuk membenci orang Melayu. Anda dapat melihat ini dalam banyak ceramah mereka… “Biarkan orang Melayu menghancurkan orang Melayu…”

Dengan menggalakkan orang Cina untuk membenci MCA/Gerakan, DAP menekankan budaya perbezaan pendapat antara kaum, menyalahkan MCA dan Gerakan kerana gagal berjuang untuk kaum Cina apabila DAP sendiri tidak mempunyai apa-apa untuk kaum Cina kecuali menghasut kebencian.

Hakikatnya, orang Melayu membentuk kaum majoriti dan pentadbiran masa lalu dan sekarang perlu mengambil kira keperluan kaum majoriti sebagai salah satu keutamaannya. Bukankah ini demokrasi?

Di bawah Najib, perkara-perkara ini telah menjadi lebih baik dengan ketara dan, walaupun tidak mendapat sokongan majoriti kaum Cina, Najib masih menjaga kaum Cina dan memasukkan MCA/Gerakan dalam Kabinetnya.

DAP sememangnya adalah parti yang bersifat perkauman dengan “Tsunami Cinanya” dalam PRU13 tetapi mereka memanggilnya sebagai “Tsunami Malaysia”. Mereka tidak berani untuk mengakuinya.

6. PENIPU.

PH memberi harapan palsu dan janji palsu kepada rakyat dan banyak program dan janji mereka tidak menjadi kenyataan.

Terdapat terlalu banyak contoh tetapi cukup untuk mengatakan, Manifesto mereka pada masa lalu dan sekarang tidak praktikal dan tidak dapat dipenuhi kerana pelbagai sebab dan mereka tahu itu. Ia sama seperti menipu semua orang termasuk penyokong mereka sendiri.

7. TIDAK BERGUNA DAN TIDAK BERUPAYA.

Mereka malah tidak boleh memerintah Pulau Pinang dan Selangor dengan betul tetapi masih berani untuk bermimpi memerintah negara ini?

Krisis air telah menjadi masalah biasa di Selangor dan Pulau Pinang pula tenggelam dalam banjir kilat dan tanah runtuh serta pencemaran. Rakyat ditendang keluar dari rumah mereka sendiri!

8. SUKA MENYALAHKAN PIHAK LAIN.

Pemimpin PH telah menguasai seni dan kemahiran menyalahkan BN dan yang lain kerana kesengsaraan negara dan kegagalan mereka. Mereka adalah pengecut, tidak berguna dan bahkan tidak sesuai pun untuk berada dalam Pembangkang.

9. TIADA SIFAT KEPIMPINAN.

Apabila anda tidak mempunyai pemimpin yang berkeupayaan, bagaimana anda memenangi peperangan melainkan jika anda menggunakan cara-cara yang jahat, tipu muslihat dan khianat-mengkhianati untuk menipu dan membohongi rakyat.

Bolehkah anda bayangkan seorang peliwat yang disabitkan menjadi imej antarabangsa kita sebagai PM atau diktator, lelaki tua berusia 93 tahun yang tamak dan korup menjadi PM kita atau lebih teruk, seorang pakar pusingan U yang beracun yang tidak membawa sebarang kebaikan dan bersifat perkauman sebagai PM kita?

Pemimpin mereka hanya pandai untuk membuat pelbagai dakwaan yang tidak terbukti, membuat pelbagai tuduhan yang tidak beradab bersama penyokong mereka. Tidak berdiplomasi langsung.

10. TIDAK RANCANGAN KUKUH UNTUK MEMERINTAH.

PH yang lemah ini bahkan menghapuskan Pakatan Rakyat mereka, masing-masing mengejar agenda yang mementingkan diri masing-masing. Ia bukanlah mengenai menyelamatkan Malaysia kerana Malaysia menunjukkan prestasi yang baik di bawah Najib dan BN.

Malaysia dan rakyat Malaysia akan hancur jika kita menyerahkan kuasa kepada sekumpulan orang yang pelik dan menipu.

#sayno2PH

Sumber: Media Sosial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.