Jurutera Petronas Dakwa Masyarakat Taksub Dengan Sultan Johor

KUALA LUMPUR – Seorang Jurutera Petronas dikecam kerana dikatakan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di laman media sosial.

 

Pengguna yang dikenali sebagai Abdul Jalil Ismail itu melalui akaun Facebboknya menyifatkan masyarakat di negara ini khususnya rakyat Johor terlalu taksub dengan Sultan Ibrahim.

 

“Hahaha…terasa la tu…. “ketua agama” kononnya nak berdakwah kena ikut jabatan, orang macam ini pun masih ramai lagi yang taksub… huhu.

 

“Hukum Islam itu bukan hanya untuk orang Arab sahaja, salam (antara) lelaki (dengan) perempuan bukan mahram itu tetap haram walau anda bukan org arab selagi anda mengaku anda orang Islam. Tolong jangan kufur sangat buat kenyataan walau anda kaya raya seraya mana pun. Ingat anda ada segalanya hanya di dunia belum pasti di akhirat nanti.

 

“Kuasa anda tidak boleh menghalalkan anda untuk menidakkan hukum Islam. Salah tetap salah tak kiralah anda siapa. Islam lagi besar dari adat yang kamu sanjung sangat tu – kepada pentaksub TUAN anda tu sila remove saya kalau tak suka” katanya memetik kenyataan di status tersebut.

 

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun rata-rata pengguna media sosial mendakwa kenyataan tersebut ditujukan kepada Sultan Ibrahim.

 

Terdahulu Abdul Jalil turut berkongsi laporan berita yang memaparkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Batu Pahat sedang menurunkan notis papan tanda yang menimbulkan rasa tidak puas hati Sultan Johor.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati rata-rata penguna Facebook mengecam tindakan Abdul Jalil yang disifatkan sebagai biadap dan kurang ajar kerana menghina titah Sultan Johor.

 

Malah ada juga yang menggesa agar pihak berkuasa untuk segera mengambil tindakan bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang.

 

Baginda sebelum ini menyelar JKR yang memasang papan tanda untuk mengingatkan wanita Islam tentang dosa sekiranya tidak menutup aurat rambut mereka.

 

Melalui laporan eksklusif Mstar Online pada Khamis, baginda turut bertitah masih berpegang kepada adat dan tradisi orang Melayu kerana dilahirkan sebagai orang Melayu sambil menyifatkan ia merupakan sebahagian daripada amalan tradisi.

 

Baginda membidas mereka yang mahu umat Islam menghentikan amalan bersalam dengan wanita bukan muhrim – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.