Video: ‘Bodyguard’ Datuk Parah Ditembak Malam Tadi

SEPANG – Seorang pengawal peribadi kepada ahli perniagaan cedera parah selepas ditembak dua lelaki yang menaiki kereta berasingan di bulatan berhampiran pekan Chaterfield, Pusat Komersial KLIA di Sepang, malam tadi.‎

 

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian 8.45 malam itu, pengawal peribadi berkenaan yang memandu kereta jenis Mercedes Benz, didatangi dua lelaki yang melepaskan beberapa das tembakan.

 

 

Beliau berkata, kejadian itu berlaku semasa mangsa dan ahli perniagaan itu dalam perjalanan menuju ke terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).

 

Berikutan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang bahu kanan akibat terkena tiga das tembakan, dihantar ke Hospital Putrajaya, untuk rawatan lanjut.

 

Siasatan awal yang dijalankan polis membawa kepada penemuan lebih 10 butir kelongsong peluru yang digunakan suspek, kata jurucakap itu.

 

Suspek didapati melepaskan tembakan dari arah hadapan dan cermin sisi sebelah penumpang hadapan.

 

Tinjauan Bernama di Hospital Putrajaya mendapati mangsa sedang dirawat di zon kritikal dan dikawal rapi oleh polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.