Video: Speaker Dewan Mengamuk, Mahfuz Dihalau Keluar Dewan

Kuala Lumpur – Ahli parlimen Datuk Mahfuz Omar (PAS – Pokok Sena) dihalau keluar dari Dewan Rakyat hari ini selepas mengingkari perintah Speaker dan menghina Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu hudud.

 

Tindakan Mahfuz yang berulang kali menyentuh isu pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 itu kemudiannya mengamatkan sesi Dewan Rakyat atau Akta 355.

 

“Bawa dahulu ke Dewan, dibahaskan selepas itu, barulah kita putuskan pendirian.

 

“Bagaimana kerajaan mahu nyatakan pendirian, rang undang-undang yang dibawa PAS pun masih belum lihat lagi,” ujarnya merujuk kepada rang undang-undang persendirian yang bakal dibentangkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

 

Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Mahfuz terus mempertikaikan jawapan yang diberikan dan menggelar Jamil Khir ‘menteri bacul’, kerana tidak berani menyatakan pendirian kerajaan.

 

Ahli Parlimen Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) kemudiannya bangun meminta Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said supaya bersabar dan tidak terperangkap dengan permainan Mahfuz yang cuba menjadi hero dalam isu itu.

 

“Dia sengaja minta Tuan Speaker halau dia (Mahfuz) keluar Dewan. Dia hendak jadi hero. Jangan keluarkan dia,” kata Shamsul Anuar.

 

Ketua Penerangan PAS itu kemudianya diminta meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan duduk dan terus mendesak Jamil walaupun menteri berkenaan sudah menjelaskan tidak dapat menyatakan pendirian mengenainya kerana belum melihat rang undang-undang yang berkenaan.

 

Menurut Ismail tindaan yang dilakukan itu berdasarkan Peraturan Mesyuarat 44 berkaitan kelakuan di dalam mesyuarat.

 

“Saya tahu Yang Berhormat nak cabar, supaya saya buat arahan keluar dewan. Ini alasan Yang Berhormat nak balik awal, niat Yang Berhormat nak jadikan isu, kononnya saya selaku Speaker beragama Islam, tidak memihak isu ini.

 

“Saya buat berdasarkan dua perkara, iaitu pertama, Yang Berhormat Pokok Sena tidak menghormati arahan Speaker suruh duduk dan kedua, Yang Berhormat kata menteri bacul dan saya ingin jelaskan di sini, supaya tidak berlaku di luar sana, kononnya menteri gagal menjawab,” tegasnya.

 

Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan 2015) pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) serta disokong semua Adun termasuk dari Umno.

 

Langkah Hadi, yang juga ahli Parlimen Marang, membawa bil persendirian ke Parlimen juga dikatakan kerana tidak mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja untuk ia dilaksanakan.

 

Mahfuz sementara itu mendakwa Putrajaya menipu dalam isu hudud walaupun pada awalnya dikatakan menyokong undang-undang Islam tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.