Tipu Konon Jumpa Bayi, Rupa-Rupanya Anak Sendiri

PASIR PUTEH – Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana membuat laporan palsu mengenai kes ‘buang bayi’ petang semalam.

 

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Abd Rozak Muhammad berkata, bayi lelaki yang masih bertali pusat itu kononnya dijumpai di kawasan perkelahan Jeram Pasu, di sini.

 

Katanya, siasatan awal mendapati bayi itu hasil hubungan intim remaja lelaki terbabit dengan kekasihnya yang berusia 15 tahun.

 

“Suspek membawa bayi itu ke rumahnya di Kok Lanas dan memberitahu ibunya bahawa bayi itu dijumpai di Jeram Pasu.

 

“Di atas desakan ibu, suspek membuat laporan polis di Balai Polis Ketereh,” katanya dalam sidang media selepas perbarisan sambutan Hari Polis Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, hari ini. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.