Tiga Maut, Seorang Cedera Parah Kemalangan Di NKVE

Kuala Lumpur – Tiga maut manakala seorang cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori sampah 10 tan dengan empat kereta di KM14.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Subang menghala ke Damansara, pagi ini.

 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan kemalangan itu pada pukul 6.50 pagi.

 

“Laporan awal kejadian mendapati seorang lelaki dan dua wanita dipercayai warga tempatan disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulans manakala tiga lagi selamat,” katanya.

 

Jelasnya, sebanyak sembilan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara dan Subang Jaya dihantar ke tempat kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.