Shila Luang Masa Dengan Ibu Johan

Kuala Lumpur – Meskipun jadual harian Shila Amzah sentiasa sibuk dengan persembahan, penyanyi yang berjaya mencipta nama di China itu masih sempat meluangkan masa untuk melawat ibu Johan As’ari.

 

Difahamkan, ibu kepada pelakon lelaki yang pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan Shila itu kini terlantar di hospital berikutan diserang strok kali keempat, baru-baru ini.

 

Johan menerusi Instagramnya memuat naik sekeping gambar Shila sedang memegang tangan ibunya.

 

Berdasarkan gambar itu, Shila dilihat seperti memberikan kata-kata semangat kepada ibu Johan.

 

Johan menyatakan tanda terima kasihnya kepada Shila dan dalam masa sama mendoakan Shila sentiasa maju dalam karier nyanyiannya.

 

“Kepada kau yang tersayang, pada teman yang ku kenang @shahilaamzah. Hati suci mu terlalu kasih kepada ibunda hamba. Jazakillah! Take care and good luck for your career. Allahumma Amiin,” ujarnya.

 

Difahamkan, ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, masih dirawat di Hospital Serdang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.