Punca Sebenar ‘Makcik Payung’ Pukul Dan Ludah Pelancong Perancis

MIRI – Dalam laporan sebelum ini (klik di sini) tiga orang wanita warga Perancis yang melancong di Sarawak mendakwa telah diserang dan dicederakan dengan payung oleh seorang wanita tempatan.

 

Terdahulu pelancong terbabit mendakwa kereta yang dipandu ‘makcik payung’ itu hampir melanggar salah seorang dari mereka. Selepas itu berlaku pertengkaran dan kekasaran antara mereka.

 

Video mengenainya menjadi viral di internet setelah dimuat naik oleh seorang saksi yang melihat kejadian.

 

 

Bagaimana pun satu laporan yang dipetik dari portal HypeMedia menyebut kejadian tersebut sebenarnya berpunca dari tindakan pelancong terbabit yang menuduh wanita tua itu sebagai pengganas ISIS.

 

Menurut adik ipar kepada ‘makcik payung’ (berbaju biru dalam video) yang menghubungi portal tersebut, video yang disebarkan itu adalah babak akhir kejadian dan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku pada hari kejadian 22 Mac 2015 lalu.

 

“Wanita yang memegang payung itu ialah kakak ipar saya, dia sedang mengundurkan kereta, ketika itu tiga wanita Eropah itu baru sahaja keluar dari kereta mereka yang parkir di sebelah kanan kereta kakak ipar saya sambil bersembang dengan agak kuat.”

 

“Kakak ipar saya tidak menyangka mereka akan melalui arah keretanya jadi dia pun mengundurkan kereta secara perlahan dan tiba-tiba terdengar ada org mengetuk “boot” kereta dia dengan kuat.” jelasnya.

 

Berikutan itu kakak iparnya yang terkejut segera keluar dari kereta lalu bertanya ‘what happened? Are you okay ?’

 

“Salah seorang dari 3 wanita Eropah itu mula meninggikan suara dan menunjuk-nunjuk jari kepada kakak ipar saya.

 

“Apabila kakak ipar saya melihat tubuh 3 wanita itu (tinggi hampir 6 kaki manakala kakak ipar sy cuma 4’9″), dia tahu yg mereka bukan lawan dia, jadi dia cuba masuk semula ke dalam kereta tapi salah seorang dari 3 wanita Eropah menarik tangannya dengan kuat,” katanya.

 

“Kakak ipar saya cuba menahan diri tetapi wanita Eropah berkenaan menolaknya sehingga terjatuh ke atas jalan betul-betul sebelah pintu keretanya yang terbuka.

 

“Ketika itulah, kakak ipar saya meminta bantuan saya yang duduk di seat penumpang.”

 

“Saya keluar dari kereta dan cuba menjauhkan 3 wanita Eropah tersebut dari kakak ipar saya tapi mereka tetap datang semula. Mereka menyumpah seranah dan meludah ke arah kakak ipar saya dan menuduh dia sebagai salah seorang ahli ISIS dan pembunuh Charlie Hebdo.”

 

Berang dengan tuduhan tersebut menyebabkan kakak iparnya naik marah dan meludah. Apabila wanita Perancis itu cuba menyerang kembali kakak iparnya segera mengambil payung di tepi tempat duduk pemandu.

 

“Dia cuba menghalakan payung tersebut ke arah warga Eropah itu tetapi terkena kepala wanita tersebut. Jika ditanya kapada saya atau sesiapa, kakak ipar saya hanya cuba mempertahankan diri.”

 

“Selepas itu, barulah seseorang mula merekod scene tersebut. Tiga wanita Eropah itu mula menjauhkan diri bila salah seorang cedera. Jika anda berbadan kecil dan diserang oleh 3 org perempuan yg berbadan tinggi dan besar, tidakkah anda akan cuba utk mempertahankan diri dgn apa yang tangan anda mampu capai masa tu ?” tegas beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.