PMO Nafi PM Keluar Kenyataan Mengenai Hudud

Kuala Lumpur – Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak ada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai pelaksanaan hukum Hudud.

 

Perkara itu dijelaskan melalui laman Twitter ‘Msia PM Press Office’ @PMOMalaysia.

 

“Pejabat PM ingin menafikan bahawa PM @NajibRazak telah mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang pelaksanaan hukum Hudud hari ini”, katanya.

 

Menurutnya, paparan kenyataan kononnya oleh Najib yang tersebar dalam aplikasi ‘Whatsapp’ dan media sosial mengenai perkara itu adalah palsu. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.