Perakam Suara Dedah Juruterbang Germanwings Berada Di Luar Kokpit

PARIS – Salah seorang juruterbang pesawat malang Germanwings yang terhempas di Alps Perancis pada Isnin dilaporkan terkunci di luar kokpit sejurus sebelum nahas.

 

Portal The New York Times pada Rabu mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan bukti yang didakwa daripada perakam suara kokpit (CVR).

 

“Lelaki di luar kokpit itu mengetuk perlahan di pintu namun tiada jawapan,” seorang pegawai penyiasat yang tidak mahu dinamakan memberitahuTimes.

 

“Dia kemudian mengetuk pintu dengan lebih kuat tetapi masih tiada jawapan. Langsung tiada jawapan.”

 

“Boleh dengar bunyi dia sedang berusaha keras membuka pintu kokpit itu,” kata penyiasat tersebut.

 

Pesawat Airbus 320 Germanwings milik syarikat penerbangan Jerman Lufthansa itu terhempas di kawasan pergunungan Alps Perancis pada Isnin dan meragut nyawa kesemua 150 penumpang dan anak kapal.

 

Antara penumpang pesawat tersebut ialah 16 remaja Jerman yang dalam penerbangan pulang daripada rombongan sekolah. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.