Mr Os Semakin Sihat Selepas Jalani Pembedahan Tonsil

Kuala Lumpur – Tengah malam semalam hebo satu berita mengejutkan tentang pelawak terkenal Mr Os kononnya telah meninggal dunia.

 

Berita tersebut sama sekali tidak benar sebaliknya beliau kini semakin pulih selepas dimasukan ke Hospital Selayang selama lapan hari sejak 14 Mac lalu kerana menjalani pembedahan penyakit tonsil.

 

Bercakap kepada mStar online, Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, berkata, dia kini semakin sihat selepas membuat pembedahan penyakit itu.

 

“Saya telah dimasukan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami.

 

“Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar supaya penyakit itu benar-benar pulih,” katanya.

 

Jelas Os, dia harus mendapatkan rawatan susulan dari hospital berlainan kerana setiap hospital mempunyai kepakaran yang berbeza.

 

“Saya harus berpindah-randah dari hospital Selayang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan kerana setiap hospital mempunyai pakar yang berbeza,” katanya yang kini tinggal di Gombak, Selangor bersama keluarga.

 

Mr. Os juga berharap peminat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya agar kembali sihat seperti sedia-kala.

 

Sementara itu mengenai kerjanya sebagai pemandu teksi Os berkata, dia akan meneruskan kerjayanya itu apabila penyakitnya benar-benar pulih. – mStar online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.