Gareth Bale Tidak Akan Tinggalkan Real Madrid

GARETH Bale bersedia menolak semua tawaran untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dan mengambil keputusan untuk kekal dengan pasukannya, Real Madrid.

 

Bale mempunyai klausa jual beli £75 juta (RM409.05 juta) di dalam kontraknya selama enam tahun tetapi tidak menghalang Manchester United, Manchester City dan Chelsea untuk melihat kesediaaannya dalam liga itu.

 

Pemain berusia 25 tahun itu bernilai £86 juta (RM470.95 juta) ketika menyertai pasukan itu dari Tottenham dan menolak Manchester United.

 

Manchester United dan Chelsea dapat merasakan satu tawaran dapat dilakukan tetapi maklum balas yang diterima adalah jelas di mana Bale memutuskan untuk kekal di Real Madrid dan mahu menjadi yang terbaik buat pasukan itu. – MailOnline

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.