Facebook Lancar Fungsi “On This Day”

Pengguna di Facebook dilihat gemar menyemak kembali foto-foto lama atau ‘photo #throwback’ yang pernah mereka muat naik & kongsikan di laman sosial itu.

 

Melalui maklum balas yang diterima oleh Facebook, pengguna mahukan fungsi yang boleh memudahkan mereka melihat paparan ‘photo #throwback’ dengan mudah.

 

Oleh yang demikian, Facebook mengumumkan fungsi terbaharu dipanggil ‘On This Day’. Ini merupakan fungsi yang membolehkan pengguna menyemak kembali foto yang pernah dimuat naik oleh mereka sendiri atau foto yang pernah di ‘tag‘ oleh rakan-rakan.

 

Kenangan ‘On This Day’ hanya boleh dilihat oleh pemilik akaun Facebook itu sendiri sahaja.

 

On This Day’ memaparkan isi kandungan yang boleh dianggap sebagai ‘hari ini dalam sejarah’. Sebagai contoh, pengguna mungkin boleh melihat kemas kini status, foto, ‘posting‘ oleh rakan-rakan atau sebarang perkongsian yang pernah dimuatnaik setahun, dua tahun atau mungkin beberapa tahun lalu.

 

Menurut Pengurus Produk Facebook, Jonathan Gheller, walaupun paparan ‘On This Day’ hanya boleh dilihat oleh pemilik akaun itu sendiri sahaja, pengguna boleh menukar fungsi tersebut kepada perkongsian umum, jika mereka memilih untuk berbuat demikian.

 

Bagi melihat paparan ‘On This Day’ pada facebook, anda boleh memulakan carian dengan menaip ‘On This Day’ atau terus layari facebook.com/onthisday. Pengguna juga boleh melihat paparan‘On This Day‘ pada ‘News Feed’mereka. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.