BAT Malaysia Nafi Harga Rokok Naik

KUALA LUMPUR: Syarikat tembakau British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) hari ini menafi menyebarkan senarai harga baharu rokok jenama syarikat itu seperti yang tersebar di media sosial sejak semalam. Senarai terbabit turut disahkan sebagai palsu.

 

Susulan itu juga, pihak BAT Malaysia juga telah membuat laporan polis berhubung perkara ini.

 

“Kami menyeru kepada orang ramai untuk tidak menyebarkan senarai harga yang palsu ini,” kata BAT Malaysia dalam satu kenyataan hari ini.

 

Harga rokok palsu yang tersebar di media sosial sejak semalam

Antara senarai harga rokok palsu yang didakwa tersebar di media sosial sejak semalam.Sumber Facebook

 

BAT Malaysia ditubuhkan sejak 3 November 1999 hasil gabungan kerjasama Rothmans of Pall Mall (Malaysia) Berhad dan Malaysian Tobacco Company Berhad.

 

Produk tembakau daripada BAT Malaysia adalah termasuk jenama antarabangsa seperti DUNHILL, KENT, PALL MALL dan Peter Stuyvesant. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.