Azmin Ali Kata Tak Kenal Ahli PKR Yang Sokong Hudud

KUALA LUMPUR – ‘Saya pun tak kenal siapa (Naib Ketua PKR Rasah). Entah siapalah’.

 

Demikian reaksi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika ditanya soal pengumuman Naib Ketua Cabang Rasah, Norizam Yassin yang sebulat suara menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015), hari ini.

 

Menurut Menteri Besar Selangor itu, pendirian parti sudah jelas apabila PKR mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan hukum hudud.

 

“Ini bukan soal individu. Parti sudah buat keputusan. Kalau ‘you’ nak tanya, kita ada 500,000 anggota…jadi susahlah. Parti punya pendirian jelas,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

 

Sebelum ini, Norizam Yassin memberitahu walaupun mereka sedar keputusan menyokong enakmen Pas Kelantan itu sebagai tindakan yang membelakangkan partinya namun ia dibuat kerana kesedaran sebagai seorang Islam. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.