Arab Saudi Lancar Operasi Kententeraan Di Yaman

Amerika Syarikat – Arab Saudi melancarkan operasi ketenteraan termasuk serangan udara di Yaman terhadap pemberontak Houthi Syiah, menurut Duta Besar Arab Saudi di Amerika Syarikat (AS).

 

Adel al-Jubeir yang dipetik berkata kepada BBC, Arab Saudi bertindak untuk ‘mempertahankan kerajaan yang sah’, Presiden Abdrabbuh Mansour Hadi.

 

Para pemberontak yang disokong Iran, berkembang dengan pantas beberapa bulan kebelakangan ini sehingga memaksa Hadi melarikan diri dari bandar Sanaa.

 

Penduduk berkata, letupan kedengaran di Sanaa dan lapangan terbang di bandar tersebut selepas pengumuman yang dibuat Arab Saudi.

 

Sementara itu, pemberontak kanan Houthi, Mohammed al-Bukhaiti memberi amaran bahawa operasi Arab Saudi itu merupakan pencerobohan terhadap Yaman dan boleh mencetuskan ‘perang besar’ di rantau ini, menurut agensi berita Reuters.

 

Perkembangan terkini juga menimbulkan kebimbingan bahawa Iran, yang merupakan saingan utama serantau Arab Saudi turut campur tangan dalam konflik ini.

 

Dalam perkembangan lain, laporan berkata pemberontak Houthi berjaya merampas fail perisikan AS yang berkaitan operasi AS di Yaman.

 

Fail-fail tersebut dilaporkan mengandungi identiti pemberi maklumat dan juga pelan operasi memerangi keganasan, lapor Los Angeles Times.

 

Memetik berkata kepada BBC, Jubeir dilaporkan berkata operasi Arab Saudi itu melibatkan serangan udara yang bermula pada jam 23:00 GMT (waktu tempatan).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.