MH370 kembali dicari di Lautan Hindi selepas 11 tahun hilang dengan syarat ‘tak jumpa, tak bayar’

- Advertisement -

LONDON – Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 kembali diteruskan di Lautan Hindi.

Penjejakan ini dalam usaha yang dijangka menjadi percubaan terakhir bagi merungkai misteri kehilangannya sejak 11 tahun lalu.

Kapal sokongan laut dalam milik Ocean Infinity yang berpangkalan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK), Armada 7806, tiba di zon pencarian baharu kira-kira 1,500 kilometer (km) dari pantai Perth pada hujung minggu lalu, lapor media Australia dan Britain, semalam.

Akhbar British The Telegraph, melaporkan kenderaan bawah air autonomi dikerahkan dari kapal dalam beberapa jam selepas ketibaannya dan mula menjalankan imbasan terperinci dasar laut.

Armada itu akan menjalankan pencarian di kawasan seluas 15,000 km persegi selama enam minggu, dengan memberi tumpuan kepada empat ‘titik panas’ yang dikatakan oleh beberapa penyelidik sebagai lokasi kemungkinan bangkai pesawat Boeing 777, menurut laporan 9News Australia.

Pencarian dijangka menjadi rumit disebabkan oleh topografi dasar lautan dan keadaan cuaca.

Disember tahun lalu, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke mengesahkan Ocean Infinity diberi tanggungjawab untuk menyambung semula pencarian bawah laut bagi mengesan bangkai pesawat itu.

Kontrak itu berdasarkan prinsip ‘tiada penemuan, tiada bayaran’, bermakna kerajaan tidak akan membayar sebarang kos jika bangkai pesawat tidak ditemukan.

Namun, sekiranya penemuan bangkai pesawat berjaya ditemukan, Ocean Infinity menuntut bayaran sebanyak AS$70 juta (RM308 juta), jumlah sama seperti dicadangkan pada 2018.

Anthony Loke berkata, usaha terbaharu itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memberikan jawapan kepada keluarga mangsa mengenai nasib pesawat tersebut.

MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014, ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dengan membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Selepas kehilangan itu, Malaysia, China dan Australia menjalankan usaha pencarian bersama di kawasan seluas 120,000 km persegi di selatan Lautan Hindi.

Sebelum ini, Ocean Infinity pernah menjalankan pencarian di kawasan lebih kecil seluas 25,000 km persegi di selatan Lautan Hindi pada Januari 2018, sebelum berakhir pada Jun tahun sama tanpa sebarang hasil.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat