Persembahan Ratu Rock Ella Diiktiraf Malaysia Book Of Records

KUALA LUMPUR ― Ratu rock Ella memecah rekod dunia berikutan persembahannya diiringi 200 pemuzik pada acara “Ella Kitalah Bintang” di The Love @ MATIC semalam.

Ella, nama asal, Nor Zila Aminuddin, 52, bagaimanapun tidak terlalu memikirkan untuk memecahkan rekod hingga diiktiraf Malaysia Book Of Records (MBR), lapor Berita Harian.

“Apa yang dibuat, saya hanya mahu mengumpulkan pemuzik muda iaitu pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara),” kata penyanyi Dua Insan Bercinta.

“Saya mahu memberi pengalaman bermain muzik secara langsung kepada mereka. Kalau bukan saya yang bagi pendedahan, siapa lagi?” katanya lagi.

Persembahan itu untuk meraikan pemuzik muda sempena Konsert Ella Unplugged in KL yang dijadual berlangsung tiga hari mulai 29 Mac di Panggung Sari, Istana Budaya. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.