Warga Emas Tersilap Tekan Pedal Minyak, Kereta Rempuh Kaunter Hospital

KUALA KANGSAR  — Sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki warga emas merempuh kaunter Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Kangsar di sini.

Lelaki itu, usia lingkungan 70-an, dikatakan mahu mengalihkan kereta dari petak parkir orang kurang upaya (OKU) secara mengundur sekitar jam 8 malam tadi, lapor Berita Harian.

“Saya rasa beliau mungkin tersilap tekan pedal minyak yang disangkakan brek kerana rempuhan berlaku sekelip mata sehingga mengakibatkan kerosakan serius pada dinding kaunter diperbuat daripada gentian aluminium dan kaca itu,” kata pengawal keselamatan hospital itu Abdul Hamid Ali, 60.

“Kereta terbabit juga didapati memasuki separuh daripada bahagian kaunter itu yang lantainya lebih tinggi.”

Abdul Hamid berkata dia memimpin lelaki yang selesai menerima rawatan di Jabatan Trauma dan Kecemasan ke kereta sebelum kejadian berlaku.

Tiada kecederaan berlaku berikutan kaunter itu ditutup ketika kejadian. Warga emas tidak cedera tetapi trauma. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.