PAS Letak 11 Calon Bukan Islam Di Negeri Sembilan

PAS Negeri Sembilan akan bertanding bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata Pesuruhjaya PAS negeri Mustaffa Daharun.

“Kita juga akan meletakkan sekurang-kurangnya 11 calon bukan Islam, yang akan bertanding atas tiket PAS, di kawasan yang majoritinya terdiri daripada bukan Melayu seperti DUN Temiang dan Lobak,” katanya kepada pemberita selepas majlis perisytiharan Gagasan Sejahtera dan pelancaran jentera pilihan raya PAS, di Seremban malam tadi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata parti itu akan melancarkan manifestonya pada 11 Mac ini, yang antaranya mengandungi Wawasan Induk Negara Sejahtera dan Dokumen Hijau yang menampilkan aspek dari segi ekonomi.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.