Amira Gelisah Diburu Peminat Misteri

KUALA LUMPUR: Penyanyi Amira Othman, 25, gelisah apabila sering menerima jambangan bunga dan kad ucapan daripada peminat misteri.

Penyanyi yang mencipta nama menerusi lagu Hati-Hati itu memberitahu, pada mulanya dia menganggap hadiah itu pemberian biasa tanda ingatan peminat.

“Tetapi, lama-kelamaan saya mula tertanya-tanya apabila kerap menerima jambangan bunga tanpa nama pengirim. Saya tidak tahu, apakah ia daripada individu sama atau berbeza.

“Jauh di sudut hati, saya teringin mengetahui identiti pengirim misteri itu. Tidak kira pengirim itu lelaki atau wanita, saya hargai hadiah yang diberikan,” katanya kepada BH Online.

Bakat kelahiran Johor Bahru itu berkata, dia bersedia menjalin persahabatan, malah tidak kisah sekiranya ditakdirkan jatuh cinta dengan peminat.

“Buat masa ini, saya masih sendiri dan belum bertemu calon jodoh yang sesuai. Saya tidak terdesak untuk segera mendirikan rumah tangga memandangkan usia masih muda,” katanya.

Bekas graduan Diploma Muzik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu berkata, dia sibuk mempromosikan single terbaru, Mimpi Indah, ciptaan sepenuhnya Hael Husaini. Lagu yang diterbitkan Edry KRU itu menemui pendengar sejak 31 Januari lalu.

Memilih genre pop balada, Amira berkata, Mimpi Indah sedikit berbeza berbanding dua single terdahulu iaitu Hati Hati dan Jaga Jaga.

“Sudah setahun saya tidak muncul dengan lagu baharu hingga ada menganggap, saya sudah tidak menyanyi lagi. Secara jujur, saya agak tertekan menunggu lagu yang sesuai dan berkualiti untuk diketengahkan.

“Saya berpegang kepada prinsip, biar lambat asalkan tidak tangkap muat. Ketika dalam pencarian, Hael menyerahkan lagu ciptaannya. Saya sudah lama bekerjasama dengan Hael dan dia tahu kemampuan vokal saya,” katanya.

Amira berkata, dia juga sudah menyiapkan video muzik lagu itu yang diterbit dan diarahkan The Malaya.Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.