Trump Enggan Hadiri Makan Malam Media

WASHINGTON – Donald Trump mengesahkan tidak akan menyertai Majlis Makan Malam Wartawan Rumah Putih, sekali gus melanggar tradisi tahunan yang mana Presiden Amerika Syarikat (AS) sering hadir dalam majlis ringkas anjuran wartawan turut dihadiri selebriti, lapor AFP.

 

“Saya tidak akan hadir Majlis Makan Malam Persatuan Wartawan Rumah Putih tahun ini.

 

“Tolong sampaikan ucapan salam buat semua dan semoga majlis malam itu hebat!” kata Trump dalam tweet menerusi akaun rasminya, semalam.

 

Tweet Presiden AS itu dibuat sehari selepas beliau mengutuk media dengan menggelarnya `musuh rakyat’.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.