Tiada Bukti Wujud Ancaman 7 Negara Islam

WASHINGTON – Penganalisis Jabatan Risikan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) mendapati bukti tidak mencukupi bahawa rakyat tujuh negara majoriti Islam yang termasuk dalam larangan perjalanan Presiden Donald Trump menimbulkan ancaman keganasan terhadap Amerika Syarikat (AS).

 

Satu draf dokumen diperoleh The Associated Press membuat kesimpulan, kerakyatan ‘tidak mungkin menjadi penunjuk’ wujud ancaman keganasan terhadap AS dan segelintir rakyat dari negara disenaraikan Trump dalam larangan itu ada melakukan serangan atau terbabit dalam aktiviti keganasan di AS sejak perang saudara Syria bermula pada 2011.

 

Trump berkata, kebimbangan terhadap keganasan adalah alasan utama larangan perjalanan sementara diperkenalkan akhir Januari lalu, turut menghentikan program pelarian AS.

 

Seorang hakim persekutuan di sini menghalang kerajaan daripada melaksanakan perintah itu awal bulan ini.

 

Bagaimanapun, Trump Jumaat lalu berkata, arahan baharu akan diumumkan tidak lama lagi.

 

Pentadbiran dikatakan sedang merangka versi baharu yang mampu berdepan sebarang cabaran undang-undang. Jurucakap DHS, Gillian Christensen Jumaat lalu berkata, beliau tidak mempertikaikan kesahihan laporan, namun berkata, ia bukanlah penilaian akhir perisikan kerajaan yang komprehensif.

 

“Laporan itu tidak termasuk data daripada sumber komuniti perisikan lain. Ia tidak lengkap,” kata Christensen. – Arab News/Bh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.