Ryan Gosling Jadi Sebutan Sebelum Oscar

LOS ANGELES: Sehari menjelang penganjuran Anugerah Akademi ke-89, pelayar internet mula membuat carian pelbagai maklumat berhubung acara berprestij itu termasuk meramalkan karya yang bakal diangkat.

 

Bersaing sengit merebut trofi Filem Terbaik adalah La La Land, Moonlight, Hidden Figures dan Manchester By The Sea yang menjadi antara karya pilihan netizen merangkul trofi idaman pembikin filem itu.

 

Manakala bintang utama La La Land, Ryan Gosling menjadi calon kegemaran bagi merebut trofi Aktor Terbaik di belakang Casey Affleck yang membintangi filem Manchester By The Sea.

 

Ternyata, ramai netizen berminat mendapatkan maklumat mengenai Gosling termasuk kepastian apakah dia yang bermain piano dalam adegan filem La La Land.

 

Tidak kurang juga yang bertanya apakah Gosling sudah berkahwin.

 

Ternyata, ramai peminat hampa apabila mendapati aktor itu sudah mendirikan rumah tangga bersama artis jelita, Eva Mendes sejak tahun 2011.

 

Filem La La Land yang dianggap karya paling mirip menggambarkan realiti duani perfileman di Hollywood, bersaing dalam 14 kategori pada Anugerah Akademi Ke-89.

 

Ini menyamai rekod dicatatkan filem besar seperti Titanic dan All About Eve. Anugerah Akademi Ke-89 akan diadakan di Dolby Theatre di Hollywood, California, mulai jam 8 pagi waktu Malaysia esok.

 

Dalam perkembangan sama, pengacara tempatan, Nabil Ahmad bakal bersiaran secara langsung dari Los Angeles, untuk acara tontonan program eksklusif liputan Anugerah Akademi di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur, di sini.

 

Acara karpet merah Oscar akan turut disiarkan secara langsung menerusi HBO saluran 431 dan Astro On The Go pada jam 8 pagi, diikuti majlis penganugerahan pada jam 9 pagi.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.