Randy Pandai Bawa Diri

Ramai teman media puji sikap pelakon kacak dari seberang Randy Pangalila yang bukan saja peramah, malah terbuka tatkala ditembak pelbagai soalan.

 

Kebetulan Khamis lalu, pelakon itu berada di Malaysia untuk satu acara hiburan dan beberapa rakan media sempat bertemu dengannya untuk bertanya mengenai perkembangan terbaru.

 

Ada rakan Cik Pang bertanya mengenai hal cinta dengan teman wanitanya di Indonesia. Belum sempat nak dijawab, seorang lagi teman Cik Pang sengaja berjenaka itu adalah rahsia. Bukan main ketawa si Randy kerana diusik sebegitu teman Cik Pang.

 
Sikapnya itu menunjukkan dia sangat selesa dengan media Malaysia, lantas mengikut jejak beberapa artis ternama seberang seperti Kris Dayanti dan Datuk Rossa yang mesra dengan media di sini.

 

Mungkin sebab Randy sudah biasa bekerja dengan produksi Malaysia, dia faham dengan adab berbudi bahasa dengan khalayak industri tempatan.

 

Ia jauh beza dengan beberapa artis ternama Indonesia yang mula membanjiri industri hiburan tempatan melalui filem dan drama.

 

Contoh yang sering Cik Pang dengar, sikap endah tak endah menjawab soalan media, padahal mereka berada di sini atas tujuan promosi produk mereka sendiri.

 

Antara artis yang sering didakwa teman Cik Pang sebagai kurang mesra media tempatan ialah Nicholas Saputra, Dian Sastrowardoyo dan Reza Rahadian.

 

Mereka dikatakan sering meletak ‘tembok’ untuk memberi kerjasama sepenuhnya dengan media.

 

Bagi Cik Pang, sebaiknya berpeganglah kepada peribahasa orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

 

Kalau dengan media tempatan pun tidak pandai berbahasa, rasanya tidak perlulah kita angkat mereka setinggi langit dalam industri hiburan tempatan. Lebih baik naikkan artis tempatan yang jauh lebih berbakat.-Hmetro

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.