PM Gesa Pemimpin, Rakyat Bersatu Perangi Berita Palsu



PEKAN – Pemimpin dan rak­yat perlu bersama-sama dalam menentang penyebaran fitnah, dakyah, maklumat dan berita palsu yang disebarkan melalui media sosial dan pemimpin ter­tentu dengan tujuan politik serta menjatuhkan kerajaan.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tanggungjawab itu perlu digalas untuk menghentikan penyebaran berita palsu yang mampu meracun pemikiran dan hati masyarakat, lapor Kosmo.

 

Menurut beliau, pemimpin dan rakyat perlu sentiasa siap dalam menentang bentuk ancaman daripada mana-mana pihak yang cuba untuk memecahbelahkan kepercayaan masyarakat terhadap kerajaan.

 



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.