Pensyarah Terkejut MP PAS Nak Sekeh Kepala Mufti

Seorang pensyarah universiti menyambut ‘tawaran’ debat Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang mempertikaikan sikap sesetengah pihak menolak cadangan pindaan Akta 355.

 

Menurut Dr Rozaimi Ramle beliau “dengan rendah hati” menerima tawaran Khairuddin untuk berdiskusi atau berwacana mengenai isu berkenaan.

 

“Mungkin ada perkara yang beliau (Khairuddin) tahu yang saya tidak tahu, maka saya boleh belajar (daripada) beliau melalui diskusi ini,” kata Rozaimi melalui kemas kini status Facebooknya hari ini.

 

Bersama kenyataan itu ialah klip video memaparkan Khairuddin berceramah mengenai pindaan Akta 355.

 

Melalui ceramahnya Khairuddin berkata, beliau berani mengatakan bahawa wajib melakukan pindaan pada akta berkenaan dan bersedia berhujah dengan sesiapa yang mengatakan sebaliknya.

 

Malah, pada klip video sepanjang kira-kira 4.30 minit itu Khairuddin juga mencadangkan supaya disekeh kepala mufti yang menganggap pindaan Akta 355 itu bukan wajib.

 

“Yang kita (PAS) bawa itu membolehkan hukum Allah dilaksanakan di peringat negeri. Tidakkah ia menjadi wajib? Wajib ke, sunat?” katanya bertanya kepada hadirin.

 

Ia kemudian dijawab “wajib” oleh orang ramai.

 

“Wajiblah. Sunat ikut mana? Kalau ada Tok Peti (mufti) kata (pindaan itu) sunat, sekeh kepala dia,” katanya lagi.

 

Butiran tentukan kemudian

 

Khairuddin yang juga ketua penerangan Dewan Ulama PAS kemudian menyatakan kesediaannya berhujah dengan sesiapa yang tidak sependapat dengan pendirian PAS itu.

 

“Saya nak ajak berhujah, siapa pun yang menyatakan pinda Akta 355 (adalah) harus, sunat ke, makruh ke, haram ke, saya nak ajak berhujah dengan saya.

 

“Saya berani berhujah (bahawa) pinda Akta 355 adalah wajib, bukan sunat, bukan harus, apatah lagi makruh atau haram.

 

“(Ia) wajib disokong. Kenapa? Sebab dengan pinda Akta 355 itulah tiga kesalahan jenayah Islam (iaitu zina, qazaf dan meminum arak) dapat dihukum mengikut al-Quran dan sunnah Nabi SAW.

 

“Takkan benda macam ni mufti Perlis tak boleh faham?” katanya pada ceramah yang dipercayai diadakan pada 12 Februari lalu.-Malaysiakini

One thought on “Pensyarah Terkejut MP PAS Nak Sekeh Kepala Mufti

  • February 26, 2017 at 10:44 pm
    Permalink

    Lepas debat nie kalau dia kalah kita pakat2 sekeh kepala Ahli Parlimen mangkok hayun nie pulak.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.