Matlamat Pas Bukan Mahu Jatuhkan UMNO Kata Nik Abduh

KUALA LUMPUR –  Matlamat Pas bukan untuk menjatuhkan UMNO secara mutlak namun sebaliknya mahu memperkukuhkan ummah kata Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh.

 

Beliau berkata, pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa parti itu kini lebih mementingkan konsep pengukuhan ummah dari segi perpaduan di kalangan umat Islam yang semakin lemah, lapor MalaysiaGazette.

 

“Kita bukan bermatlamat utamanya bukan meruntuhkan UMNO tapi matlamat utama kukuhkan ummah dan mereka tahu sendiri pemimpin mana yang nak pilih.

 

“Zaman sekarang orang sudah tidak bergantung kepada suara kerajaan. Mereka fikir sendiri untuk dapat maklumat daripada mana,” katanya.

 

Dalam pada itu, Nik Abduh turut mengakui pendekatan Pas dalam mempamerkan BPMS yang menganjurkan amalan budaya politik matang berdasarkan fakta dan bukan berasaskan emosi memberikan kesan kepada parti itu.

 

Jelasnya, langkah Pas untuk mengamalkan politik bukan emosi mengakibatkan parti itu berpecah sehingga tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN).

 

“Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang dipraktikkan Pas kini diperkenalkan semasa berlaku pergoncangan dalam Pas.

 

“Dalam membina strategi politik dan membina polisi yang mengakibatkan Pas bergoncang dan serpih sudah banyak kali, tapi yang kekal adalah istiqomah dan golongan inilah yang membina satu amalan politik yang matang sepertimana yang dikenali,” katanya.

 

Menurutnya, disebabkan itu parti itu bertindak menubuhkan Gagasan Sejahtera bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bagi kerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 tidak lama lagi.

 

Katanya, sebagai parti Islam, Pas menjadi rebutan seperti UMNO semua orang minat politik akan masuk UMNO atau Pas bagi tujuan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.