Kelantan Tersungkur Kali Ketiga

KELANTAN terus dibelenggu badi kekalahan kali ini tunduk 0-2 kepada musuh tradisi, Selangor pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

 

Aksi tidak bermaya skuad kendalian Zahasmi Ismail menyaksikan The Red Warriors mencetak kekalahan ketiga di laman sendiri selepas mengharungi lima perlawanan, setakat ini.

 

Dua gol sumbangan Juliano Miniero Fernandes pada minit keempat dan 63 memastikan Selangor mengukuhkan kedudukan di tangga ketiga carta liga.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.