JLo Nafi Berahi Lelaki Muda

 

FIGURA terkenal Hollywood, Jennifer Lopez menafikan dirinya lebih tertarik dengan lelaki yang jauh lebih muda.

 

E! News melaporkan, bakal berusia 48 tahun pada 24 Julai depan, Lopez yang mesra dengan panggilan JLo sebaliknya menjelaskan faktor usia sekadar angka.

 

“Saya bukannya sengaja berpacaran dengan lelaki muda. Segala-galanya bergantung kepada siapa yang kita bertemu dalam hidup.

 

“Apabila kita sukakan seseorang, ia tiada kena-mengena dengan usia,” ujarnya.

 

Cuma, JLo tidak menolak kemungkinan tanggapan itu berpunca apabila dia pernah berpacaran dengan lelaki yang lebih muda sebelum ini.

 

“Hanya sekali saya bercinta dengan lelaki muda iaitu Beau Casper Smart pada tahun lepas, namun saya terus dilabel sedemikian rupa.

 

“Apabila kita tertarik dengan seseorang, tidak kisah sama ada tua ataupun tidak,” ujarnya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.