DAP Tolak Umum Usul Nama Penderma

 

 

HULU SELANGOR – DAP adalah pihak pertama yang tidak menyokong usul diadakan undang-undang untuk menyenaraikan senarai pemberi dana politik pada 2010.

 

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Rahman Dahlan berkata untuk isu RM2.6 bilion, rakyat perlu melihat semula sejarah pada 2010.

 

“Ketika Perdana Menteri mahu adakan usul untuk undang-undang supaya pemberi dana parti politik perlu disenaraikan dan diketahui rakyat, DAP sepatutnya menyokong tetapi mereka orang pertama tentang.

 

“Kalau Perdana Menteri nak ambil duit tu, beliau boleh simpan di bank luar negara tetapi apa motifnya beliau simpan dalam negara di AmBank dan boleh diketahui oleh kerani kerana itu akaun peribadi.

 

“Duit itu disimpan dalam akaun semasa dan untuk keluar, ia perlu ditandatangani. Kalau nak curi duit rakyat, kenapa perlu simpan dalam negara?,” katanya pada Ceramah Rakyat di Bukit Beruntung, sebentar tadi.

 

Abdul Rahman turut memberitahu kepada lebih 2,000 pengunjung bahawa isu 1MDB dimainkan Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia kompleks dan sukar difahami serta dimainkan kerana serangan terhadap dasar dan peribadi Perdana Menteri sebelum ini tidak mendapat perhatian rakyat.-BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.