Bella Enggan Ulas Dakwaan Rumah Tangga Bergolak

 

Minggu lalu, pasangan selebriti Nazim Othman dan Bella Dally didakwa berdepan dengan masalah rumah tangga.

 

Sebelum ini, SuaraTV melaporkan, Bella dikatakan memadam gambar bersama Nazim di akaun Instagram miliknya.

 

Nazim bagaimanapun tampil menepis khabar angin tersebut dan mengakui hubungan mereka masih baik.

 

 

Memetik kosmo hari ini, pelakon cantik itu enggan memberi komen mengenai isu pergolakan rumah tangganya.

 

“Maaf, saya tidak sihat. Saya tidak ada sebarang komen mengenai isu tersebut,” ujarnya.

 

Bella dan Nazim mengikat tali pertunangan pada 14 November 2015 setelah berkawan rapat sejak 2013.

 

Pasangan itu akhirnya mengambil keputusan untuk berkahwin pada 10 September tahun lalu di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah.

 

Sementara itu, majlis bertandang di rumah pengantin lelaki diadakan pada 17 September tahun yang sama di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.