Balai Pelepasan KLIA2 Ditutup, Operasi Kesan Bahan Kimia

 

SEPANG – Sebahagian ruang legar di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, ditutup bermula jam 11 malam tadi bagi operasi bersepadu untuk mengesan bahan kimia toksik dan berbahaya di lapangan terbang ini.

 

Operasi oleh Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Badan Pelesenan Kuasa Atomik (AELB) Malaysia dilakukan berikutan penemuan bahan kimia yang digunakan untuk membunuh Kim Jong-nam dikenal pasti sebagai Agen Saraf VX, baru-baru ini.

 

Kira-kira 100 petugas media tempatan dan antarabangsa mula memenuhi balai pelepasan di sini sejak jam 11 malam tadi. Penumpang dan pelawat yang melalui kawasan ini diminta menggunakan laluan alternatif yang disediakan. Difahamkan, operasi ini akan berlangsung selama kira-kira dua jam bermula jam 1 pagi ini.-BH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.