Agen Saraf VX Tidak Pernah Ditemui Di Malaysia

 

CYBERJAYA – Agen Saraf VX, sejenis bahan kimia yang sangat toksik dan beracun sememangnya tidak pernah ditemui di Malaysia kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

 

Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai pengalaman dalam mengendalikan bahan kimia ini, lapor BH.

 

“Sekiranya individu terkena dengan Agen Saraf VX ini akan memberikan kesan yang teruk sehingga melumpuhkan sistem saraf dan menyebabkan tidak boleh bernafas dengan baik sehingga membawa kepada kematian.

 

“Agen VX ini akan mengambil masa antara setengah jam atau satu jam untuk memastikan sistem saraf dalam badan ini tidak berfungsi dengan sempurna,” katanya.

 

Tambahnya, beliau turut bersetuju dengan cadangan beberapa pihak supaya kerajaan menilai semula kemasukan warga Korea Utara ke negara ini dengan mengenakan visa.

 

“Pintu masuk ke negara ini perlu diberikan kawalan yang sangat rapi supaya pelancong yang masuk ke negara ini tidak mudah menyeludup barangan yang berunsur jenayah.

 

“Kita tidak dapat membuat pemeriksaan satu persatu kerana bahan yang dibawa tidak dapat disekat kerana mereka mungkin bawa dalam kuantiti yang sedikit,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.