Syarikat Penerbangan Bimbang Kesan Virus Zika

NEW YORK – Sejumlah syarikat penerbangan menyuarakan kebimbangan bahawa virus Zika yang merebak dengan cepat mungkin menjejaskan perjalanan di benua Amerika, kata Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa, Tony Tyler.

 

Tyler berkata demikian pada acara yang dianjurkan kumpulan perdagangan penerbangan global dan menjadi kebimbangan pertama industri bahawa virus yang merebak menerusi nyamuk itu boleh menjejaskan pendapatan.

 

“Sejumlah ahli sudah menyuarakan kebimbangan bahawa mereka mungkin sudah boleh melihat sebahagian kesan terhadap jumlah penerbangan terutama di Amerika. Apabila kita umumkan jumlah trafik, terutama perangkaan di peringkat wilayah bagi Januari, mungkin ia menjadi petunjuk pertama,” kata Tyler.

 

Bagaimanapun, Tyler idak dapat menyatakan jenis kesan yang dikhuatiri syarikat penerbangan sama ada perubahan destinasi atau tempahan berkurangan secara keseluruhan. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.