Portal RakyatPost ‘Gulung Tikar’, Henti Operasi Isnin Ini

Kuala Lumpur – Portal berita, The Rakyat Post ITRP) dijangka akan menghentikan operasi Isnin ini ekoran masalah ‘aliran tunai’.

 

Menurut sumber dalaman portal tersebut ketika dihubungi SuaraTV berkata, disebabkan kemerosotan pendapatan melalui iklan, penaung portal tersebut ‘melarikan diri’ kerana gagal meraih keuntungan seperti yang diharapkan.

 

“Saya dimaklumkan oleh pihak pengurusan ‘funder’ kami (pemilik portal) sudah tidak mampu untuk meneruskan operasi, manakala iklan yang diterima juga agak kecil ditambah dengan perbelanjaan bulanan yang agak tinggi,

 

“Kami juga dimaklumkan sebarang keputusan mengenainya hanya akan diketahui Isnin ini dan sekiranya ia masih gagal untuk diselesaikan operasi akan dihentikan.

 

“Ada dikalangan yang telah meletakkan jawatan untuk mencuba nasib di tempat baru dan hingga kini gaji kami telah tertunggak hampir dua bulan,” katanya sebentar tadi yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

 

“Selain berdoa kami mengharapkan agar masalah ini mampu diselesaikan dengan cara baik” katanya ringkas dengan nada sedih.

 

SuaraTV bagaimanapun gagal untuk menghubungi Ketua Editor TRP untuk mendapatkan pengesahan pengesahan mengenainya.

 

Portal dalam tiga bahasa itu, yang ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-13, menyediakan berita gaya tabloid. – SuaraTV.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.