Najib Mahu Punca Pesawat TUDM Mendarat Cemas Segera Disiasat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mahu punca pesawat CN235 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membuat pendaratan cemas di Batu 2, Kuala Selangor, pagi Jumaat, disiasat secepat mungkin.

 

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam catatan terbaharu di laman Facebook beliau turut menyatakan rasa syukurnya kesemua lapan anak kapal pesawat itu selamat.

 

“Terima kasih juga kepada nelayan tempatan yang menghulurkan bantuan kepada anak-anak kapal TUDM. Semoga Allah SWT merahmati anda,” katanya.

 

Dalam insiden pada 8.50 pagi itu, pesawat yang membawa lapan orang anak kapal dilaporkan membuat pendaratan kecemasan berhampiran pantai Kuala Selangor.

 

Menurut laporan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, semua mangsa kejadian diselamatkan orang awam dengan menaiki perahu nelayan dan punca sebenar kejadian masih dalam siasatan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.