MT Sebulat Suara Gantung Muhyiddin Sebagai Timbalan Presiden

Kuala Lumpur – Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat petang sebentar tadi bersetuju untuk mengantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti.

 

Menurut Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semua ahli MT bersetuju dengan sebulat suara untuk mengantung jawatan TS Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

 

“Keputusan dibuat selepas semua yang hadir berbincang selama hampir lebih 2 jam.

 

“Penggantungan tersebut hanya melibatkan jawatan bagi Timbalan Presiden manakala jawatan-jawatan lain yang masih disandang oleh Tan Sri Muhyiddin masih dikekalkan. ” katanya ketika sidang akhbar sebentar tadi.

 

Sehubungan itu, katanya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas timbalan presiden UMNO sehingga pemilihan parti akan datang.

 

Menurut Tengku Adnan, tempoh penggantungan tersebut adalah sehingga pemilihan ahli MT yang akan diadakan kelak lagi.

 

“Segala keputusan yang dibuat oleh MT sebentar tadi adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan Umno setelah mengambil kira suasa politik semasa.

 

“Perilaku Tan Sri Muhyiddin tidak mencerminkan tanggungjawab beliau selaku Timbalan Presiden Umno yang sepatutnya membantu Presiden untuk mengukuhkan parti” katanya lagi.

 

Sebelum usul tersebut dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah diminta untuk beredar.

 

Manakala Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn telah mengambil alih sebagai pengerusi meysuarat.

 

Mesyuarat bermula jam 3.35 petang tadi turut dihadiri Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta semua ketua pergerakan sayap parti itu.

 

Usul penggantungan itu dibentang oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz yang meminta agar bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibawa kepada Lembaga Disiplin parti.

 

Muhyiddin bagaimanapun tidak hadir dalam mesyuarat tersebut kerana sedang berada di luar negara untuk bercuti.

 

Turut tidak hadir Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal yang juga hilang jawatan dalam rombakan Kabinet Julai tahun lalu.

 

Nazri sebelum ini, telah menasihati Muhyiddin supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan terhadap kepimpinan tertinggi parti, sebaliknya menunggu keputusan hasil mesyuarat MT hari ini.

 

Nasihat yang disuarakan Nazri itu berhubung kenyataan Muhyiddin terhadap Tengku Adnan agar tidak mengambil tindakan ke atasnya melainkan mempunyai bukti yang cukup.

 

Terdahulu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan buku ‘Najib Razak Kembara Politik – 40 Tahun’ di lobi menara Dato Onn.

 

Buku terbitan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia tersebut memaparkan kisah suka duka Najib sebagai ahli politik selama 40 tahun yang bermula sebagai Ahli Parlimen Pekan pada 21 Februari 1976. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.