Lelaki Seludup 38 Penyu Dalam Seluar

TORONTO – Seorang lelaki warga Kanada yang menyeludup 38 ekor penyu dalam seluarnya diletakkan di bawah pemerhatian, denda dan dilarang memiliki reptilia berkenaan selama 10 tahun.

 

Menurut Jabatan Alam Sekitar Kanada, Dong Yan dari Windsor, Ontaria cuba membawa masuk reptilia itu dari Amerika Syarikat ke selatan wilayah berkenaan.

 

“Penyu itu disimpan dalam beg plastik dan dilekatkan di kaki Yan,” menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim pada Khamis. Yan didapati bersalah pada 17 Februari selepas dia ditahan ketika pemeriksaan pada tahun 2014 sewaktu cuba memasuki Kanada menyeberangi sempadan Niagara.

 

Yan diletakkan dalam pemerhatian selama dua tahun, denda C$3,500 (RM10,935). Dia turut dihukum membuat kerja komuniti selama 50 tahun dan mesti memaklumkan kepada jabatan itu sekiranya pergi ke luar negara.

 

Yan juga diperintah menulis surat mengenai pengalaman “untuk penerbitan seperti yang diminta jabatan.” – Reuters

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.