Lelaki maut Ketika Cuba Selamatkan Pesawat TUDM Yang Terhempas

KUALA SELANGOR:  Tindakan berani seorang nelayan ketika membantu nahas TUDM CN235 berakhir dengan tragedi apabila beliau maut ditempat kejadian.

 

Mangsa cuba menyelamatkan mangsa yang terlibat ketika kapal terbang milik TUDM terhempas selepas membuat pendaratan kecemasan di pantai Kuala Selangor tadi.

 

Mangsa yang dikenali sebagai Hassan Siput dilihat seringkali menaiki basikal di sekitar Kuala Selangor untuk mencari barang lusuh dan siput sedut.

 

Insiden tersebut menyebabkan netizen meluahkan ucapan takziah di dalam Facebook kepada beliau dan keluarganya seperti yang dlakukan oleh Meceste Fc.

 

“Innalillahhiwainaillahirojiun..Alfatihah untuk arwah Pak cik Hassan…hidup arwah penuh dengan membantu orang ramai sangat rajin dan ringan tulang.. meninggal pun kerana ingin menolong orang.. syurga tempatmu pak cik Hassan…Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mu, Amin.”

 

Pemilik akaun Facebook Nur Aqilah Abas turut mengucapaakan takziah.

 

” Innalillah.. selalu je nampak pak cik ini.. semoga ditempatkan dalam kalangan hambanya yang soleh.. meninggal di hari jumaat.. Al-Fatihah.” katanya.

 

Atok Iman pula mengharapkan agar Mangsa diberikn pengiktirafan terhadap tindakan yang dilakukan oleh mangsa.

 

” Mohon diberi pengiktirafan ke atas arwah dalam membantu anggota TUDM tersebut.

 

Terdahulu, Kapal Terbang milik TUDM yang berpengkalan di Subang telah membawa mangsa yang terselamat ke pangkalan TUDM di Subang untuk rawatan lanjut.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.