Keputusan SPM 2015 Diumum 3 Mac – KPM

PUTRAJAYA – Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 akan diumumkan pada 3 Mac depan (Khamis).

 

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, manakala calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar.

 

Menurutnya, seramai 440,682 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 3,501 pusat peperiksaan di seluruh negara.

 

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 379,466 orang ialah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM (9,785); sekolah menengah agama negeri (7,769); sekolah swasta (12,216); calon persendirian (29,799); dan sekolah menengah agama rakyat (1,647).

 

KPM juga menyediakan perkhidmatan semakan keputusan melalui khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SPM jarak nombor kad pengenalan jarak angka giliran dan hantar ke 15888.

 

Katanya perkhidmatan itu akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, 3 Mac dan akan ditamatkan pada pukul 11.59 malam, 9 Mac. -BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.