Kelantan Mahu Penyerang Lebih ‘Garang’

Dua gol daripada tiga perlawanan Liga Super dan Piala FA belum berbaloi buat Kelantan yang mendapat tajaan besar Vida Beauty Sdn. Bhd. berjumlah RM16 juta untuk dua musim.

 

Aksi ketiga Liga Super menentang Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini menjadi medan buat The Red Warriors membuktikan watak sebenar juara Liga Super 2011 dan 2012 itu.

 

Kelantan terus menyadarkan harapan kepada dua pemain import, Dramane Traore dan Blahze Ilijoski yang masing-masing sekadar menjaringkan satu gol untuk lebih menyengat di depan gawang lawan.

 

“Walaupun prestasi kedua-dua pemain ini masih terumbang-ambing dan mencari rentak, namun pengalaman yang mereka miliki mampu memberikan sumbangan positif kepada pasukan.

 

“Saya harap mereka akan tampil dengan cemerlang menentang Sarawak setanding dengan status sebagai pemain import,” ujar jurulatih Kelantan, K. Devan.

 

Dalam aksi Liga Super, Kelantan terikat tanpa jaringan dengan Perak dan menewaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM) 1-0, manakala dalam saingan Piala FA, The Red Warriors menang tipis 1-0 ke atas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.