India Catat Angka Kematian Tertinggi Akibat ‘Selfie’

MUMBAI – Pihak berkuasa Mumbai mengeluarkan larangan ‘berselfie’ setelah angka kematian meningkat akibat ‘selfie’ di negara itu.

 

Memetik laporan portal antarabangsa, Metro.co.uk, sebanyak 16 lokasi di bandar tersebut ditandakan sebagai zon larangan untuk ‘berselfie’.

 

Larangan itu termasuk kepada mereka yang sanggup membahayakan nyawa dengan membuat aksi-aksi merbahaya untuk mendapatkan sudut gambar yang sempurna.

 

Difahamkan, India merupakan negara yang mencatatkan angka kematian paling tinggi akibat ‘berselfie’.

 

Setakat ini, India telah mencatatkan sebanyak 19 kematian daripada 49 kematian direkodkan di seluruh dunia.

 

Individu yang mendapati melanggar larangan yang ditetapkan kerajaan India akan dikenakan denda sebanyak 1,200 rupee (RM73.60) – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.