Ibu Mertua Yang Dipertua Negeri Sabah Meninggal Dunia

KOTA KINABALU – Puan Sri Samsiah Awang Puteh, ibu mentua Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahirudin, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth 2 Kota Kinabalu, pukul 12.06 tengah hari, Jumaat akibat sakit jantung.

 

Jenazah Allahyarham Samsiah, 79, ibu Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Kuala, Papar dekat sini selepas solat Asar.

 

Upacara pengebumian itu turut dihadiri Juhar dan Norlidah serta anggota keluarga terdekat yang lain. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.