Video: Hutan Bukit Batu Kapur Gombak Terbakar

Kuala Lumpur – Hutan di bukit batu kapur di Batu Caves terbakar melibatkan kawasan seluas kira-kira 12 hektar, pagi tadi.

 

Penolong Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kawasan hutan yang terbakar itu berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 3 petang ini.

 

 

Kawasan hutan itu kira-kira satu kilometer dari kuil Sri Subramaniyar, Batu Caves.

 

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada 10.42 pagi dan tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian,” katanya di sini, hari ini.

 

Sejumlah 20 anggota dan pegawai serta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Rawang dan Gombak Selatan terlibat dalam operasi memadam kebakaran itu.

 

“Tiada mangsa terlibat,” kata Mohd Sani.

 

Setakat petang ini, pihak bomba masih melakukan pemantauan di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.